Sudah 2 malam
hujan turun di sini
kekadang lebat, kekadang perlahan
disulami guruh dan petir
sesekali angin bertiup kencang
aku terkenang isteri-isteri yang sedang bersendirian
keseorangan tak berteman
kerana suami-suami mereka sedang berada di jalan
jalan kebenaran
mereka sedang belajar korban
moga-moga mereka yang ditinggalkan sementara itu
selalu kuat dan tabah
untuk menempuh hari-hari yang suram
tapi sesungguhnya sangat indah
di sisi Allah.................

boleh bgi no kakak embun . senang sikit saye nak cita pasai madrasah tahfiz tu :) farhi
ReplyDelete