Sudah 2 malam
hujan turun di sini
kekadang lebat, kekadang perlahan
disulami guruh dan petir
sesekali angin bertiup kencang
aku terkenang isteri-isteri yang sedang bersendirian
keseorangan tak berteman
kerana suami-suami mereka sedang berada di jalan
jalan kebenaran
mereka sedang belajar korban
moga-moga mereka yang ditinggalkan sementara itu
selalu kuat dan tabah
untuk menempuh hari-hari yang suram
tapi sesungguhnya sangat indah
di sisi Allah.................
Nur
~Ya Allah, berilah aku nur yang bisa menyuluh hidupku dan jangan biarkan aku dalam kegelapan~
Monday, 14 May 2012
Sunday, 13 May 2012
Dunia
ada orang kata;
dunia ini cuma jambatan
kita cuma melaluinya
tapi tidak berhenti atau membuat binaan dia atasnya
ya....cuma lalu
ada yang perlahan, ada yang lalu
kita mesti melaluinya dengan selamat
ya....agar kita bisa sampai ke seberang sana dengan penuh berkat....

Thursday, 10 May 2012
Solat
anak-anakku
sesibuk mana pun kamu
dengan segala urusan dunia
yang penuh pesona dan leka
JANGAN tinggalkan ia
kerana ia umpama kepala kepada badan
ia tiang yang menegakkan segala sendi agama
kerana ia perkara pertama
yang kelak akan ditanya Dia
ketika kau dipanggil di hadapanNya....
Ingatlah anakku
saat kau tinggalkan dunia
ia menjadi penyelamat
untuk kau teruskan hidup yang kekal di akhirat.....
Nur ~ 11/05/2012 (9.15 am)

Perhiasan
emas, permata...
intan, suasa....
segala perhiasan dunia
sangat indah di pandangan mata
namun sebaik-baik perhiasan dunia
adalah wanita solehah......
sungguh, bukan mudah
menjadi wanita solehah
lagi mukminah
kerana akan selalu ada ujian
membadai hidup
laksana ombak di laut........
Nur ~ 10/5/2012
intan, suasa....
segala perhiasan dunia
sangat indah di pandangan mata
namun sebaik-baik perhiasan dunia
adalah wanita solehah......
sungguh, bukan mudah
menjadi wanita solehah
lagi mukminah
kerana akan selalu ada ujian
membadai hidup
laksana ombak di laut........
Nur ~ 10/5/2012
Wednesday, 9 May 2012
Indahnya Syurga....
Siapa dapat membayangkan indahnya syurga?
Seindah apa? Seindah mahligai disaluti emas permata ?
dipenuhi perhiasan memukau pandangan mata ?
atau seindah panorama alam di kala senja ?
Sungguh.....keindahan syurga tak terbayang di mata
tersedia untuk mereka yang terpilih....
yang memilih untuk berada di syurga
sedang di dunia barangkali mereka sangat derita......
dihina, dicaci dan dicerca.....
kerana mereka memilih jalan taqwa berbanding jalan berpoya-poya

Tuesday, 8 May 2012
Pilihan
Dalam meniti kehidupan, ada waktu-waktunya kita keliru untuk membuat keputusan.
Kita tidak pasti apakah yang dipilih itu benar-benar baik buat kita atau sebaliknya,
namun yang pasti kita harus memilih hanya satu dan melepaskan yang lain. Oleh itu....
kerana apabila engkau dekat denganNya, akan selalu ada penawar untuk jiwa yang resah
dan hati yang gundah......

Thursday, 9 February 2012
Embun rindukan bulan.....
Tadi malam
bulan sangat manis dan indah
bagai tersenyum di dada malam
menebar cahaya terang dan suram
biar tanpa bintang
bulan kelihatan sangat riang
sempat embun menatapnya seketika sebelum digamit siang
kata embun ; aku rindukan bulan
entah bila kita akan dapat bertemu semula
kata sang rumput; jangan bersedih, embun
bukankah aku setia disisimu
aku selalu ada
kala kau berduka dipanah suria............

Subscribe to:
Posts (Atom)