anak-anakku
sesibuk mana pun kamu
dengan segala urusan dunia
yang penuh pesona dan leka
JANGAN tinggalkan ia
kerana ia umpama kepala kepada badan
ia tiang yang menegakkan segala sendi agama
kerana ia perkara pertama
yang kelak akan ditanya Dia
ketika kau dipanggil di hadapanNya....
Ingatlah anakku
saat kau tinggalkan dunia
ia menjadi penyelamat
untuk kau teruskan hidup yang kekal di akhirat.....
Nur ~ 11/05/2012 (9.15 am)

No comments:
Post a Comment