Saturday, 28 January 2012
Kisah aku, Embun dan manusia
Namaku Embun. Aku lahir sejak alam dicipta dan aku selalu menumpang di hujung
hujung rumput waktu dinihari sebelum subuh menjelma. Aku tidaklah kuat. Mudah sekali
aku jatuh ke tanah kala disentuh atau sirna kala mentari menjelma namun aku tidak
pernah merasa kecewa dengan kelemahan dan kekuranganku kerana aku tahu aku
dicipta oleh Pencipta yang Maha Bijaksana.
Dulu-dulu, waktu dunia belum begitu maju, waktu dunia masih hijau dengan segala
kesegaran dan keindahan, aku selalu jadi perhatian. Aku dicari oleh manusia yang
dahagakan kecantikan, aku dipuji oleh insan yang tahu menghargai kesegaran.
Sebahagian mereka percaya aku punya aura untuk membantu wajah mereka kekal awet
muda. Aku diambil dan disapu di muka dengan harapan kesegaranku boleh
mengembalikan seri di wajah mereka. Saat itu aku sungguh-sungguh bahagia kerana
disebalik segala kelemahan dan kerapuhanku, aku punya kelebihan tersendiri. Ternyata
tuhan yang Maha Pengasih tidak mencipta aku tanpa tujuan. Titisan lembut tubuhku bisa
membuat manusia terpesona rupanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment